SEPANG: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mendedahkan cuba memujuk Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk terus beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sebalik kecederaan dialami baru-baru ini.
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu selepas pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik 2020 itu merasakan dirinya tidak boleh bersaing dengan intensiti tinggi di Hangzhou.
"Saya berharap dia cepat pulih. Beberapa hari selepas kemalangan, kami turun berlatih. Walaupun dia boleh kayuh seperti biasa namun dia tak berdaya memberi tekanan. Saya memang cuba pujuk tetapi dia kata tak boleh sebab sakit.
"Saya sangat sedih dan terkilan sebab kami dah ada perancangan berlumba bersama di Hangzhou. Bagaimanapun, Azizulhasni sedih memandangkan edisi di Hangzhou sepatutnya menjadi Sukan Asia terakhir baginya namun saya akhirnya faham kesihatan beliau lagi penting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Hangzhou, semalam.
Sebelum ini, Azizulhasni, 35, mengumumkan dia terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia Hangzhou selepas mengalami kecederaan pinggul susulan kemalangan berkelajuan tinggi yang dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, minggu lalu.
Tempat beliau dalam acara keirin di Hangzhou akan diambil alih oleh Fadhil Zonis yang akan beraksi bersama Shah Firdaus dalam acara itu.
Shah Firdaus,pemenang gangsa acara keirin Sukan Komanwel 2022, mengakui segala perancangannya untuk beraksi bersama Azizulhasni atau lebih dikenali 'The Pocket Rocketman' dalam acara tersebut terjejas susulan ketiadaan bekas juara dunia tersebut.
Menyedari tanggungjawab berat kini terletak di bahunya, beliau sebaliknya bersedia untuk menyahut cabaran Azizulhasni yang mahu melihatnya menyinar pada temasya sukan empat tahun sekali tersebut.
Katanya, tekanan sememangnya wujud namun situasi berkenaan sukar dielakkan tidak kira berlumba bersama Azizulhasni atau tanpa bekas juara dunia tersebut dalam mana-mana kejohanan atau temasya sukan disertai.
Sehubungan itu, pelumba kelahiran Johor itu berharap agar dirinya mampu mara ke final keirin bersama Fadhil Zonis.
"Kesemua pelumba ada peluang sama rata namun ia bergantung kepada siapa yang bijak guna strategi yang tepat pada waktunya (menang emas).
"Semua mahukan emas, tiada siapa datang bertanding untuk dapat nombor dua atau tiga. Jika masuk final baru boleh fikir untuk menang emas," katanya.
Sukan Asia Hangzhou 2022, yang ditangguh penganjurannya setahun susulan COVID-19, bakal membuka tirai secara rasmi esok dan berakhir 8 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Azizulhasni mengumumkan dia terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia Hangzhou selepas mengalami kecederaan pinggul susulan kemalangan berkelajuan tinggi yang dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, minggu lalu. --fotoBERNAMA
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Sukan Asia: Shah Firdaus menang gangsa pecut lelaki
Atlet berbasikal trek kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa dalam acara pecut lelaki Sukan Asia di Veledrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou, dekat sini, hari ini.
Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.
Shah Firdaus akan cergas sepenuhnya, terima basikal baru - Beasley
Shah Firdaus akan menerima basikal baharu untuk digunakan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos depan.
Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.
Cabaran Shah Firdaus di Perancis berakhir
Cabaran Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2022 berakhir selepas tersingkir dalam pusingan pertama.
Sukan Komanwel: Kejayaan raih gangsa bukti Shah Firdaus ke fasa lebih baik - Mohd Azizulhasni
Dengan prestasi yang ditunjukkan Shah Firdaus mampu membuat kejutan di pentas Olimpik Paris 2024 akan datang.
Shah Firdaus boleh pergi lebih jauh di pentas dunia - Beasley
Kejayaan meraih gangsa jadi titik perubahan bagi pelumba kelahiran Johor itu untuk menyerlah dalam kejohanan akan datang.
Cabaran Shah Firdaus dalam acara pecut berakhir seawal suku akhir
Shah Firdaus akhirnya tewas 1-2 pada saingan peringkat suku akhir di Lee Valley VeloPark, London.
Tokyo 2020: Azizulhasni, Shah Firdaus harapan terakhir Malaysia
Aksi kedua-dua pelumba negara itu pastinya mendebarkan jutaan peminat sukan tanah air apabila mereka dijadual turun bagi memburu pingat.